01 April 2009

Guru Berpolitik Boleh Jejas Perkhidmatan Dan Prestasi Pelajar

TIDAK dinafikan guru adalah golongan yang banyak membaca di negara ini. Oleh itu, mereka ini antara golongan yang banyak mengetahui pelbagai hal sama ada ruang lingkup yang mereka ajar di sekolah atau tidak.

GURU cemerlang ialah guru yang tidak jemu membaca untuk menambah pengetahuan mereka dan bukannya terperuk dengan ilmu untuk mereka ajarkan kepada anak murid mereka saja. Dengan itu, ada yang berpendapat golongan ini sesuai berpolitik atau terbabit aktif dengan politik. Sejarah membuktikan ramai pemimpin di negara kita berasal daripada para guru.

BAGAIMANAPUN, ada buruknya jika guru aktif berpolitik iaitu :-
  • Guru akan menghabiskan banyak masa diluar sekolah termasuk mengadakan ceramah, kempen dan sebagainya;
  • Ia mendatangkan kesan negatif kepada pelajar kerana guru yang terlalu aktif dalam politik mungkin akan bergerak ke luar daerah untuk menjalankan misi mereka dalam politik;
  • Memandangkan masalah disiplin yang tidak pernah surut di sekolah, ia mungkin tambah membebankan memandangkan kebanyakan guru yang berminat dalam politik tentulah dari kalangan lelaki;
  • Sikap berpuak-puak akan lebih ketara di sekolah apatah lagi jika ada perbezaan pendapat dan anutan politik di kalangan guru di sekolah. Dalam soal ini, selain merenggangkan hubungan antara guru pelajar turut berasa tempiasnya; dan
  • Adalah dibimbangi guru akan menyerapkan ideologi politik mereka kepada pelajar dan jika apa yang didedahkan itu penentangan terhadap kerajaan, keadaan akan menjadi lebih parah.

BUKAN hanya guru yang berpuak-puak, malah pelajar juga akan berpuak-puak dan menjadi medan untuk membahaskan soal politik.

DAN bagi memperkukuhkan lagi kredibiliti guru, para guru boleh memainkan peranan dengan cara lain untuk menunjukkan bahawa mereka juga berpolitik. Mereka boleh menyumbangkan buah fikiran melalui tulisan seperti pejuang tanah air sebelum ini yang banyak meniupkan semangat kebangsaan menerusi tulisan mereka di akhbar dan majalah.

1 comment:

  1. tugas guru amat besar iaitu mendidik pelajar hingga ke menara gading. Kalau guru berpolitik di luar pelajar dibimbangi akan tercicir dalam pelajaran. Haiiiiiiiiii semua nak berpolitik, tak lama lagi kakitangan awam pulak.....ramainya orang politik di Malaysia nanti, poninggggggg kepalaaaaanak buat pilihannn

    ReplyDelete